MAKANAN BERKHASIAT
MARILAH KITA MENJAGA KESIHATAN DIRI
Selasa, 13 Disember 2011
Sabtu, 10 Disember 2011
KSSR
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 2
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
MATLAMAT KURIKULUM
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF KURIKULUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah berkebolehan untuk:
1. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan
2. Mengembangkan kebolehan dalam pergerakan dan kemahiran motor
3. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan
4. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan
5. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala
6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal
7. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat
8. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan
9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan
TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
TAFSIRAN BAND
BAND | PERNYATAAN BAND | TAFSIRAN |
6 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI | Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. |
5 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI | Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. |
4 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB | Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. |
3 | TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT | Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. |
2 | TAHU DAN FAHAM | Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. |
1 | TAHU | Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. |
BAND | PERNYATAAN STANDARD |
1 | Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal |
2 | Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan |
3 | Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan |
4 | Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan |
5 | Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri |
6 | Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan |
BAND | PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | EVIDENS |
1 Tahu | B1 Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal | B1D1 Melakukan kemahiran pergerakan asas yang mudah | B1D1E1 Melakukan kemahiran pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor B1D1E2 Melakukan aktiviti pergerakan asas yang melibatkan manipulasi alatan |
BAND | PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | EVIDENS |
2 Tahu dan Faham | B2 Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan | B2D1 Melakukan pergerakan asas B2D2 Melakukan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan | B2D1E1 Melakukan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor B2D1E2 Melakukan kemahiran manipulasi alatan B2D1E3 Melakukan pergerakan berirama B2D1E4 Melakukan pergerakan gimnastik asas: · Imbangan dan sokongan badan B2D2E1 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti pada palang menggunakan tangan |
BAND | PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | EVIDENS |
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat | B3 Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan | B3D1 Melakukan pergerakan berdasarkan konsep pergerakan *Melakukan pergerakan dan mengenal pasti postur badan semasa melakukan gimnastik asas
B3D2 Mengenalpasti dan menyatakan aktiviti berdasarkan konsep kecergasan B3D3 Melakukan dan mengenalpasti aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan kecergasan | B3D1E1 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor B3D1E2 Melakukan kemahiran manipulasi alatan B3D1E3 Melakukan kemahiran pergerakan dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan: · Menggunakan konsep jam sebagai pandu arah dalam aktiviti mencari harta karun · Menggunakan kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan yang sesuai semasa melakukan aktiviti rekreasi dan permainan tradisional atau Melakukan kemahiran asas renang: · Apungan lentang · Flutter kick B3D1E4(Tukar) Melakukan pergerakan dan mengenalpasti postur badan semasa melakukan kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulasi alatan B3D2E1 Menyatakan perkaitan: · Perubahan suhu badan, pernafasan dan kadar nadi semasa memanaskan dan menyejukkan badan · Perubahan kadar nadi sebelum dan selepas melakukan aktiviti fizikal B3D3E1 Melakukan aktiviti fizikal yang meningkatkan kapasiti aerobik dalam jangka masa yang ditetapkan B3D3E2 Melakukan dan mengenalpasti otot-otot utama semasa aktiviti kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot |
BAND | PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | EVIDENS |
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab | B4 Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan | B4D1 Mengaplikasi konsep pergerakan yang boleh meningkatkan kemahiran B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan semasa melakukan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kecergasan | B4D1E1 Melakukan dan mengaplikasi rangkaian pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan imbangan statik mengikut tempo B4D1E2 Melakukan dan mengenalpasti kepentingan fleksi dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor B4D1E3 Melakukan dan mengaplikasi kemahiran: · Menangkap bola dengan serapan daya, dan · Guling depan dengan lakuan yang betul B4D2E1 Mengaplikasikan aktiviti kekuatan dan daya tahan otot serta menyatakan kepentingannya |
BAND | PERNYATAAN STANDARD | DESKRIPTOR | EVIDENS |
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji | B5 Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkah-langkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri | B5D1 Berkebolehan mengaplikasi pengetahuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan B5D2 Menunjukkan tanggungjawab kendiri dan berinteraksi sosial | B5D1E1 Mengukur, merekod dan membanding berat dan tinggi sendiri dengan carta pertumbuhan normal B5D1E2 Menyatakan masalah kesihatan yang berkaitan dengan komposisi badan B5D2E1 Mematuhi peraturan penggunaan alatan dan keselamatan di tempat aktiviti B5D2E2 Berkomunikasi antara rakan, guru dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti fizikal dan mempamerkan rasa seronok B5D2E3 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan semasa melakukan aktiviti |
Langgan:
Catatan (Atom)